Tertipu dengan iklan kosmetik, Cikgu Mira menderita breakout jerawat teruk

“Cikgu Mira pernah berasa buntu apabila wajah beliau rosak teruk setelah tersilap memakai produk bertoksik.

Tak sangka niat asal mahukan wajah licin macam dalam iklan satu produk telah menyebabkan beliau menderita dan menanggung malu dan sedih. Malahan beliau pernah rasa putus asa bagaimana nak ubati kembali kulit wajah seperti sedia kala.

Cikgu Mira beruntung kerana bersahabat baik dengan salah seorang sub-ejen Naturel Kiss, iaitu Cikgu Shazwani. Naturel Kiss adalah satu jenama yang diasaskan hasil penyelidikan di UTM, dan merangkumi produk-produk berteknologi dan berkualiti tinggi untuk merawat kulit.

Cikgu Mira telah diperkenalkan kepada saya dan sejak itu saya sendiri telah memantau rawatan wajah beliau menggunakan produk Naturel Kiss.

Saya cadangkan beliau memakai Micellar Series (yang merangkumi Micellar Cleanser dan Energy Water Mist) dan bedak Two-way Cake. Itu sahaja. Jangan campur-campur dengan apa-apa produk, supaya efek maksimum diperolehi dan mengelak daripada sekali lagi menggunakan produk bertoksik.

Alhamdulillah selepas 4 bulan menggunakan hanya dua produk ini, kulit Cikgu Mira telah banyak berubah dan makin sembuh. Beliau sangat gembira kerana seolah-olah memperolehi kembali keyakinan diri.

Memang Micellar Series dan bedak Two-way Cake amat berkesan merawat masalah kulit seperti kulit kering, pori besar, parut jerawat, jerawat dan wajah kusam.

Sudah ramai wanita yang berpuas hati dan mendapati wajah kembali berseri dan kulit sihat selepas menggunakan Micellar Series dan bedak Two-way cake”

– Prof Madya Dr Siti Hamidah Setapar. Pensyarah dan Penyelidik Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia. Pengasas Naturel Kiss, Non Toxic Cosmetic

Leave a Reply

You cannot copy content of this page